Mila Jirin (album)

Mila Jirin merupakan album studio kedua yang dihasilkan oleh Mila Jirin dan ia dilancarkan pada tahun 27 Januari 2011. Album Mila Jirin ini terdiri daripada 8 buah lagu, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah Bebas (nyanyian Mila Jirin/Amir). Juara Akademi Fantasia musim kelima ini turut menyampaikan lagu-lagu baru dari albumnya pada majlis pelancaran yang dihadiri oleh ibu dan bapanya, Pengerusi Erama Records, Datuk Md Afendi Hamdan dan rakan artis iaitu penyanyi Dafi, Heliza, Noni AF dan pelakon Tam.[1]Sebelum ini, Mila pernah menyertai pertandingan akhir Open Mic UK di Manchester, United Kingdom pada Disember 2010 dan 'Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery Ke-17' di Bulgaria pada 2008. Album Mila Jirin menampilkan berkonsep Pop Moderate melalui gabungan genre muzik masa kini yang menonjolkan kelantangan vokal Mila dalam pelbagai genre. Ia telah diterbitkan oleh MJ Panacea Records Sdn Bhd dengan kerjasama Erama Records Sdn Bhd. Bagi penerbitan album ini, Mila telah terbabit secara langsung, dan penghasilan album ini turut membabitkan bekerjasama dengan komposer-kompser tanahair seperti Ajai, Aidit Alfian, dan Amir (3A) yang karya-karya mereka telah memenangi pelbagai anugerah di Malaysia. Mila turut menulis lirik lagi Bebas yang dimuatkan di dalam album ini.[2]Album ini juga memuatkan 3 lagu bonus yang telah disusun aturkan muziknya dan diberi nafas baru iaitu Aku Lebih Tahu Remix, La Ober, dan Siapa Tak Perlu Cinta. Album Mila Jirin ini telah dilancarkan dalam pelbagai bentuk penerbitan seperti Cakera padat, videoklip, Muat turun secara digital dan Kad Prabayar Digital yang pertama di Malaysia di bawah Erama Records.

Mila Jirin (album)

Dikeluarkan pada 27 Januari 2011
Penerbit Datuk Md. Afendi Hamdan
Ajai
Aidit Alfian
Amir
Mila Jirin
Genre Pop Moderate
Syarikat MJ Panacea Records
Erama Records

Berkaitan